Football

Penyokong Helsingborg melucutkan jersi dari pemain ekoran penyingkiran dari liga utama

Sebilangan penyokong kelab Sweden,Helsingborg menceroboh masuk ke dalam padang selepas pasukan mereka tersingkir dari liga utama Sweden, Allsvenskan.

Pengurus Helsingborg, Henrik Larsson dan anaknya Jordan yang cuba untuk memujuk penyokong tuan rumah namun mereka melemparkan kerusi dan bendera ke arah Larsson dan anaknya.

https://www.youtube.com/watch?v=f9EVIpqvSg4

Mereka kemudian dilihat menceroboh masuk ke dalam padang dan mengarahkan Jordan melucutkan jersi yang dipakainya.

Ketika penyerang berusia 19 tahun itu melucutkan bajunya, seorang penyokong dilihat seakan-akan memukulnya. Tindakan itu menyebabkan Jordan dan Henrik berang dan cuba membalas sebelum petugas sempat mengawal keadaan.

Jordan sebelum itu telah menjaringkan satu gol dalam perlawanan pada minit ke-83 yang dilihat akan menyelamatkan Helsingborg. Namun dua gol dalam tiga minit terakhir memberikan kemenangan agregat kepada Halmstad dan menyingkirkan juara tujuh kali Liga Sweden itu.

“Saya faham kekecewaan mereka,” kata Larsson.

“Sebab itu saya ke sana juga. Ianya bukan perkara bijak untuk saya lakukan.

“Saya tidak melihat mereka menyerang Jordan, jika tidak pasti saya akan masuk campur.”

Bekas pemain Celtic, Barcelona dan Manchester United itu berkata dia berniat untuk kekal sebagai pengurus, dan akan menghantar anaknya untuk bercuti.

“Saya tinggal dan berkerja di bandar ini. Saya akan lebih berwaspada dan tidak akan berjalan seorang.

“Jika mereka (hooligans) datang, datanglah. Kami ada banyak anjing di rumah.”

Helsingborg yang dipimpin oleh Larsson bermula musim lalu tersingkir buat pertama kali dalam 23 tahun.

Other posts by