Formula1

Giliran Singapura luah hasrat tidak mahu anjur perlumbaan F1

Masa depan perlumbaan Grand Prix Singapura dilihat samar apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Formula One, Bernie Ecclestone, mendakwa bahawa Republik itu sudah tidak mahu menganjurkan perlumbaan.

Menurut laporan media Singapura, Today Online, spekulasi mengenai perkara ini menjadi hangat ketika perlumbaan GP Singapura pada bulan September tahun ini. Persoalannya adalah sama ada rundingan melanjutkan kontrak GP Singapura selepas kontrak lima tahun mereka berakhir tahun depan akan termeterai.

Dalam satu temubual dengan majalah Jerman Auto Motor Und Sport yang disiarkan pada 20 November, Ecclestone mendakwa Singapura tidak akan melanjutkan perjanjian mereka.

“Lihat apa saya telah lakukan untuk Singapura,” memetik kata bos F1 itu. “Ya, perlumbaan ini telah menggunakan wang yang banyak dari Singapura tetapi ia juga telah memberikan mereka keuntungan yang banyak.”

“Singapura tiba-tiba menjadi satu tempat yang bukan sekadar persinggahan. Kini mereka rasa mereka telah capai sasaran mereka dan tidak mahu anjurkan Grand Prix lagi.”

Jurucakap GP Singapura dikhabarkan tidak mahu memberi sebarang komen mengenai “rundingan yang sedang berjalan” ketika dihubungi TODAY.

Komen Bernie hadir selepas penurunan jumlan penonton pada perlumbaan di Singapura tahun ini. Penganjur GP Singapura melaporkan bahawa jualan tiket keseluruhan di Litar Jalanraya Marina Bay turun 15 peratus dari jumlah kehadiran keseluruhan sejak 2008.

Other posts by