Enner Valencia membuat lawatan ke sebuah hospital di Ecuador untuk melawat kanak-kanak yang sakit berpakaian seperti Superman.
Penyerang West Ham yang kini dipinjamkan ke Everton membuat lawatan berkenaan ketika beraksi bersama pasukan kebangsaannya.
Valencia menjaringkan gol ketiga negaranya awal minggu ini dalam kemenangan selesa ke atas Venezuela dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
Dan sementara dia berada di negaranya, Valencia melawat hospital berkenaan untuk mengejutkan pesakit cilik di situ dengan kostum penuh.
Valencia, 27 tahun, digelar Superman dan membuat keputusan untuk menjadi adiwira di dunia nyata.
Valencia berbual dengan pesakit kanak-kanak, ibu bapa mereka dan pekerja hospital SOLCA di barat bandar Guayaquil.
Dia turut memberikan hadiah dan jersi yang mempunyai tandatangannya kepada pesakit ketika melawat.
Valencia turut menyiarkan gambar bersama anak perempuannya Beira, bersama ayat “Saya akan berjuang dan melakukan yang terbaik untuk menjadi adiwira kamu.”
Valencia sebelum ini menjadi tumpuan selepas dia didapati tidak membayar wang nafkah anak dan berpura-pura cedera dalam perlawanan menentang Chile.
Dia dihampiri oleh pihak berkuasa dengan perintah mahkamah, berserta peguam yang mewakili isterinya yang mahukan bayaran nafkah £13,350.
Penyerang itu sudah jarang bermain sejak berpindah ke Goodison Park pada hari terakhir jendela perpindahan.
Dia tidak bermain dalam kekalahan Everton kepada Chelsea dan pastinya berharap akan dapat beraksi dalam perlawanan menentang Swansea minggu ini.
Other posts by Khairul Nizam