Badminton

Lin Dan terlibat dengan skandal bersama model

Seorang pengguna akaun media sosial Weibo – yang menggelarkan diri sebagai ‘Detektif Zhao’ – telah mengesan bintang badminton China itu dengan seorang wanita lain dan menyebarkan beberapa gambarnya di media sosial berkenaan. Gambar-gambar berkenaan menarik perhatian ramai dan telah mendapat lebih 200 000 reposts.

Pengguna laman berkenaan akhirnya berjaya mengetahui siapa wanita berkenaan dan dia adalah model dan pelakon Zhao Yaqi.

Pada 5 November, Lin Dan dan isterinya Xie Xingfang menyambut kelahiran anak mereka.

Lin Dan- juara dunia lima kali dan dua kali pemenang pingat emas Olimpik – mengakui kesalahannya dan memohon maaf untuk kesilapannya di Weibo.

“Sebagai seorang lelaki, saya tidak akan membuat sebarang alasan untuk apa yang telah saya lakukan,” tulis pemain berusia 33 tahun itu.

“Namun kelakuan saya itu telah mengecewakan keluarga saya dan saya mahu memohon maaf kepada mereka. Maaf.”

Other posts by