Segar dari menduduki kedudukan no.1 dunia, bergu Malaysia Goh V Shem – Tan Wee Kiong menerima kejutan apabila tesingkir di pusingan pertama Terbuka China yang berlangsung d Fuzhou pada hari Rabu.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu tewas kepada gandingan baru China Liu Cheng-Zhang Nan 21-19, 16-21, 22-24.
V Shem-Wee Kiong sebelum ini menewaskan lawan yang sama di pusingan pertama Terbuka Denmark bulan lalu. Namun, gandingan Liu Cheng-Zheng Nan menunjukkan aksi bertenaga untuk menewaskan bergu No.1 negara dan kini akan bertemu Or Chin Chung-Tan Chung Man dari Hong Kong. di pusingan kedua
“Kami tidak rasa tertekan dengan kedudukan kami. Ia hanya gandingan China itu bermain dengan baik hari ini,” ujar Wee Kiong kepads The Star
“Kami bermain di tahap terbaik kami, tetapi ianya tidak cukup baik. Kami perlu bangkit di Terbuka Hong Kong minggu depan (22-27 November).”
Kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan taktik gandingan China itu antara kesilapan V Shem-Wee Kiong seperti dikatakan oleh jurulatih bergu negara Jeremy Gan.
“Mereka tidak bermain teruk…mereka cuma lambat menangkap perubahan taktik pihak lawan walaupun mendahului di set ketiga,” kata Jeremy.
Selain V Shem-Wee Kiong, perjuangan Malaysia dalam acara bergu turut berakhir selepas bekas bergu No.1 Malaysia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas kepada Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding dari Denmark 21-19, 17-21, 13-21.
Berbeza pula dengan acara perseorangan lelaki apabila Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya menewaskan Lin Yu-hsien dari Taiwan 19-21, 21-15, 21-11.
Iskandar akan bertemu pemain China, Guo Kai, di pusingan kedua.
Namun, seorang lagi wakil Malaysia Zulfadli Zulkiffli tersingkir selepas tewas kepada Hu Yun dari Hong Kong, 18-21, 19-21.
Bergu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula tidak mengalami masalah apabila menundukkan pasangan Taiwan Lin Xiao-min- Wu Fang-chien 21-8, 21-10 dalam acara bergu wanita.
Other posts by Khairul Nizam