Football

#ParoiParody: Penyokong Iran mengamuk kerana padang teruk di Paroi

Penyokong yang membanjiri Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi untuk menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia di antara Syria dan Iran pulang dengan rasa tidak puas hati apabila perlawanan berlangsung di atas padang yang sangat teruk.

STAR Paroi mempunyai reputasi sebagai salah satu stadium dengan padang terbaik di Malaysia, namun hujan lebat menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda selama 45 minit. Apabila perlawanan dimulakan pada pukul 8.45 malam, penyokong tidak mengambil masa lama untuk sedar betapa teruk permukaan padang.

Apa yang pelik, perlawanan tetap diteruskan walaupun kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk bermain kerana permukaan padang yang berlecak seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Photo Credit: FourthOfficial.com
Photo Credit: FourthOfficial.com

Secara keseluruhan, padang memang sangat teruk. Sebahagian darinya terdapat air yang bertakung dengan banyak sehingga menyukarkan pemain untuk berlari di atas padang tanpa bola tersangkut. Beginilah keadaan padang ketika rehat separuh masa pertama.

Photo Credit: FourthOfficial.com
Photo Credit: FourthOfficial.com
Photo Credit: FourthOfficial.com
Photo Credit: FourthOfficial.com

Gambar-gambar ini diambil dari tempat duduk penonton. Ini bagaimana keadaan permainan dari lensa jurugambar rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Photo Credit: AFC
Photo Credit: AFC

Jika anda rasa padang itu sudah cukup teruk, perhatikan keadaan tempat duduk penonton yang membayar tiket berharga RM45. Sistem saliran air dilihat tidak berfungsi apabila terdapat banyak kebocoran yang menyebabkan penonton yang hadir merasa tidak selesa.

Photo Credit: Behrad Taadoli
Photo Credit: Behrad Taadoli
Photo Credit: FourthOfficial.com
Photo Credit: FourthOfficial.com

“Saya telah pergi ke banyak stadium di Malaysia sebelum ini, dan ini yang paling teruk. Melihat kepada keadaan cuaca dalam tempoh beberapa minggu ini, saya tidak tahu bagaiman AFC boleh bersetuju untuk mengadakan perlawanan di padang ini,” Behrad Taadoli, seorang penyokong Iran memberitahu kami selepas perlawanan.

“Keadaan padang sangat menjejaskan permainan. Maksud saya, anda tidak dapat menggerakkan bola langsung! Bahkan, ianya bertanggungjawab untuk situasi tegang yang berlaku ketika perlawanan. Keadaan mungkin berbeza jika ia dimainkan di stadium lain.”

“Kemudian tempat duduk penonton pula. Ramai penyokong yang hadir semalam, tetapi tiada tempat duduk dan bumbung bocor. Kami seakan-akan berdiri di bawah ‘air terjun’ untuk lima jam,” tambahnya.

Ramai penyokong Iran meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial mereka berhubung perlawanan semalam.

Photo Credit: Facebook (Asian Football Confederation)
Photo Credit: Facebook (Asian Football Confederation)

Sukar untuk menunding jari kepada hanya satu pihak, tetapi soalan perlu ditanya bagaiman AFC menilai stadium, terutamanya perlawanan dengan kepentingan dan skala begini. Ini bukan sekadar satu perlawanan persahabatan antarabangsa. Ini adalah perlawanan Kelayakan Piala Dunia di antara dua negara yang bermusuhan. Ianya satu perlawanan yang sangat, sangat besar.

Namun ini juga sepatutnya menjadi peringatan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perjalanan untuk menjadi negara bolasepak tidak mudah, tetapi jika kita gagal menjaga perkara asas dalam bolasepak, seperti padang yang elok dan sesuai, tiada gunanya kita cuba membayangkan pergi lebih jauh.

Di saat mungkin AFC akan menjadi kambing hitam kepada apa yang terjadi malam semalam, reputasi Malaysia sebagai tuan rumah dan negara bolasepak pastinya terjejas. Dan kita perlu berhenti melakukan perkara sebegini kepada diri kita.

Adakah anda hadir ke perlawanan semalam? Apa pendapat anda mengenai padang Stadium Tunku Abdul Rahman? Kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah.

Other posts by