Sepanyol mengejutkan England dengan kebangkitan semula di Wembley – dan kemudiannya semua pemain mereka bertukar menjadi patung.
Tidak mahu ketinggalan dengan trend terbaru ini, pemain Sepanyol pantas meraikan kebangkitan mereka itu dengan melakukan Mannequin Challenge dalam bilik persalinan mereka di Wembley.
https://www.youtube.com/watch?v=2wLNml52RRA
Dapat dilihat dalam video berkenaan di mana pemain dan staff kejurulatihan membuat aksi-aksi lucu ketika menjadi patung. Antara yang mencuri perhatian adalah Juan Mata yang diikat dan juga Thiago Alcantara yang menjadi seorang doktor!
Apa yang penting, tiada pemain Sepanyol dalam seluar dalam mereka untuk Mannequin challenge ini.
Bila agaknya kita boleh melihat Mannequin challenge versi Harimau Malaysia? Mungkin selepas menjulang Piala AFF Suzuki?
Other posts by Khairul Nizam