Football

Naib Presiden PBSNT mahu ambil tindakan terhadap tiga ‘page’ Facebook

Pemilik akaun Facebook Terengganu, T&T dan Selamatkan Bolasepak Terengganu diberi tempoh lima hari untuk menarik balik kenyataan mereka di akaun mereka dan membuat permohonan maaf.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Ab Rasid Jusoh membuat kenyataan tersebut selepas tiga akaun Facebook berkenaan didakwa memfitnahnya berhubung beberapa isu berkaitan persatuan itu.

“Dakwaan saya melobi jawatan Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden PBSNT adalah tidak benar, begitu juga mengenai senarai pemain pasukan Terengganu musim depan yang tersebar,” kata Rasid.

Rasid yang juga merupakan Pengarah Unit Komunikasi (UKOM) Negeri Terengganu juga berkata dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya pemilik ketiga-tiga akaun tersebut tidak menarik balik kenyataan dan membuat permohonan maaf.

Other posts by