Badminton

Jin Wei berazam until bangkit di Terbuka Macau

Kegagalan Goh Jin Wei di Kejohanan Badminton Remaja Dunia nampaknya tidak mematahkan semangat bintang muda negara itu.

Selepas tersingkir di pusingan kelima kejohanan tersebut, Jin Wei berazam untuk beraksi lebih baik dalam Kejohanan Terbuka Macau hujung bulan ini.

Jin Wei menunjukkan semangat hebat apabila terus bermain walaupun mengalami kecederaan.

Dia mengalami kecederaan buku lali ketika bermain menentang Natsuki Oie namun terus beraksi menentang China dalam acara berpasukan. Selepas itu dia mengalami kecederaan jari sebelum tewas kepada Chen Yufei .

“Bukan nasib saya. Ianya sangat mengecewakan, tetapi kecederaan itu bykan punca kekalahan saya di kejohanan itu. Saya sudah pulih sekarang,” kata Jin Wei.

“Kecergasan juga bukan masalah. Saya menyertai kejohanan dalam kecergasan yang baik dan bersedia, tetapi saya tidak mengawal keadaan dengan baik.

“Pesaing saya bermain dengan lebih yakin berbanding saya dan saya tidak melawan mereka dengan baik. Saya telah pelajari kesilapan saya.”

Jin Wei yang berada di kedudukan ke-37 unia berkata dia mahu bangkit semula di Terbuka Macau yang akan berlangsung pada 29 November- 4 Disember.

“Ada peluang untuk saya buktikan sesuatu di Terbuka Macau. Sudah tiba masanya saya melupakan kekalahan di Kejohanan Remaja Dunia dan fokus kepada membuat yang terbaik,” katanya.

Jin Wei dijangka bertemu juara bertahan remaja dunia Yufei di suku akhir, namun ianya bergantung kepada perlawanannya di pusingan pertama menentang pilihan keempat Hsu Ya-ching dari Taiwan.

Wakil Malaysia yang lain di kejohanan tersebut adalah naib juara Cabaran Antarabangsa Malaysia Ho Yen Mei dan juga Tee Jing Yi.

Other posts by