Football

Tan Sri Annuar Musa letak jawatan Presiden KAFA

Tan Sri Annuar Musa telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dengan serta merta.

Dalam satu kenyataan yang diumumkan menerusi laman Facebook peribadinya, Tan Sri Annuar Musa dilihat telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor.

Photo credit: Facebook Tan Sri Annuar Musa
Photo credit: Facebook Tan Sri Annuar Musa

“Saya berharap tugas ini dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bolasepak Kelantan sepertimana berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain,” ujar beliau dalam surat tersebut.

Naib Presiden KAFA, Datuk Nassir Hamzah mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya semalam namun turut menyatakan bahawa KAFA akan bermesyuarat untuk membincangkan samada untuk menerima atau menolak surat tersebut.

Sejak Tan Sri Annuar Musa memegang jawatan presiden KAFA pada tahun 2008, Kelantan telah memenangi banyak kejuaraan dan kemuncaknya ketika melakukan treble pada tahun 2012 dengan memenangi trofi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Other posts by