Football

FAM mahu Eaton kemukakan bukti dakwaan mengatur perlawanan kepada PDRM dan SPRM

Dakwaan bahawa Malaysia merupakan hab mengatur perlawanan di Asia Tenggara dipandang serius oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM Dato’ Hamidin Mohd Amin mengeluarkan satu kenyataan media pada hari Selasa lalu berhubung dakwaan bekas Ketua Keselamatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton bahawa Malaysia telah menggantikan Singapura sebagai hab mengatur perlawanan (match-fixing) di Asia Tenggara.

Dalam kenyataan tersebut, Dato’ Hamidin berkata bahawa FAM sudah mewujudjkan Jawatankuasa Integriti bagi memantau perjalanan Liga Malaysia serta membanteras gejala mengatur perlawanan menerusi kaedah EWS FIFA.

Hamidin turut meminta Eaton mengemukakan bukti dan maklumat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan dapat dilakukan jika dakwaan tersebut adalah benar.

Eaton mengeluarkan kenyataan tersebut dalam forum berkenaan gejala mengatur perlawanan yang dianjurkan Global Lottery Monitoring System di Singapura pada hari Isnin lalu.

Pada tahun 2012, Eaton pernah mengeluarkan kenyataan bahawa seorang pegawai tinggi dari FAM terlibat dengan gejala mengatur perlawanan namun gagal mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

Other posts by