AFF Suzuki Cup, Football

FAM umum tiket percuma untuk aksi Malaysia vs Papua New Guinea

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa perlawanan persahabatan Malaysia menentang Papua New Guinea yang akan berlangsung pada 14 November ini adalah percuma.

Perlawanan tersebut yang merupakan salah satu persiapan skuad kebangsaan menjelang Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 3 petang.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin berkata:” “Mengikut ketetapan, tiket bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” membabitkan skuad kebangsaan adalah berharga RM30 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

“Tapi sebagai penghargaan kepada para penyokong untuk tahun 2016 dan pada masa sama perlawanan menentang Papua New Guinea ini juga adalah perlawanan terakhir skuad Harimau Malaysia sebelum beraksi pada Piala Suzuki AFF 2016, pihak FAM telah bersetuju untuk para penyokong masuk percuma ke perlawanan pada Isnin ini.”

Perlawanan menentang Papua New Guinea berlangsung pada jam 3 petang bagi membolehkan pemain membiasakan diri dengan cuaca panas kerana dua perlawanan pertama Malaysia di Piala AFF Suzuki – menentang Kemboja (20 November) dan Vietnam (23 November) – akan berlangsung pada pukul 3 petang di Yangon, Myanmar.

Other posts by