Setelah sekian lama peminat menunggu, akhirnya semua persoalan akan terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pemilihan jawatankuasa baru untuk penggal 2016-2017 dan ini termasuk jawatan Presiden.
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah menyatakan bahawa semua anggota gabungan boleh memikirkan nama calon.
“Sekarang ini anggota gabungan boleh berfikir siapa wakil mereka. Kita serahkan kepada mereka,”
“FAM mempunyai 19 anggota gabungan dengan masing-masing diwakili dua wakil dan satu undi daripada Persatuan Jurulatih menjadikan jumlah keseluruhan undi adalah 39.
“Barisan exco sedia ada tidak boleh menjadi perwakilan kepada anggota gabungan dan membuat pemilihan.
“Segala keputusan berdasarkan undian anggota gabungan pada sesi pemilihan bagi penggal baharu,”katanya selepas Mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Datuk Seri Afandi Hamzah menyatakan bahawa pencalonan perlu dikemukakan sebelum 23 Januari depan dan senarai akhir akan disahkan pada 20 Februari.
Other posts by Khairul Nizam