Football

Ibra jaringkan gol ke 25,000 Liga Perdana Inggeris

Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic menamatkan kemarau jaringannya dengan penuh bergaya apabila bukan sekadar menjaringkan gol, tetapi menjaringkan gol ke 25,000 Liga Perdana Inggeris sejak penubuhannya pada tahun 1992.

Zlatan gagal menjaringkan gol selama 609 minit sebelum menemui gawang sebanyak dua kali dalam perlawanan menentang Swansea pada hari Ahad.

Jaringannya yang memberikan Red Devils mendahului 2-0 pada minit ke -21 juga merupakan gol ke-400 dalam kariernya.

Ditanya jika dia sedar bahawa dia menjaringkan gol ke 25,000 dalam sejarah Liga Perdana, Zlatan berkata: “Tidak, saya tidak tahu. Saya ingatkan saya yang jaringkan 25,000 gol.”

Zlatan turut memungut kad kuning dalam perlawanan tersebut, sekaligus bakal terlepas aksi menentang Arsenal. Manchester United kini di tangga keenam, lapan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Other posts by