Hockey

Pakistan tundukkan Malaysia di Piala Sultan Johor

Malaysia masih mencari kemenangan pertama di Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor.

Pada hari Rabu, Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam tiga perlawanan selepas tewas 4-1 kepada Pakistan di Stadium Hoki Taman Daya.

Pakistan terlampau kuat untuk Malaysia, mendahului 2-0 apabila Abu Bakar Mahmood menyempurnakan penalty corner pada minit kelapan dan Muhammad Dilber menjaringkan field goal pada minit ke-21.

Najmi Farizal Jazlan kemudiannya merapatkan kedudukan untuk Malaysia apabila menyempurnakan pukulan penalty pada minit ke-25.

Namun, Pakistan yang tersentak dengan jaringan itu meningkatkan serangan dan menjadikan kedudukan 3-1 selepas 30 minit menerusi jaringan padang Shan Irshad.

Penyerang Sami Ullah menamatkan sisa perjuangan Malaysia dengan gol keempat pada minit ke-45 menerusi jaringan padang. Pakistan kekal di tangga kedua dengan tujuh mata sementara Malaysia di tangga kelima dalam kejohanan bawah 21 tahun yang disertai enam pasukan selepas memungut hanya satu mata selepas seri 2-2 dalam perlawanan menentang Australia pada hari Selasa.

Australia kekal di tangga pertama dengan tujuh mata dan perbezaan jaringan selepas membelasah jiran Oceania mereka New Zealand 9-1.

Other posts by