Football

Bintang Scotland berusia 13 tahun buat penampilan untuk skuad bawah 16 tahun

Karamoko Dembele membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk Scotland pada hari Selasa.

Pemain berusia 13 tahun itu dimasukkan pada minit ke-64 dalam perlawanan pasukan bawah 16 tahun Scotland menentang Wales di mana mereka seri 2-2.

Photo credit: Mirror.co.uk
Photo credit: Mirror.co.uk

Ketua jurulatih bawah 16 tahun Scotland Brian McLaughlin berkata: “Dia sangat hebat. Dia kelihatan yakin dan dia menyertai pasukan yang bagus.”

“Kami rasa ia masa yang sesuai untuk memasukan anak muda ini ke perlawanan.

”Kita mempunyai pasukan yang bagus, mereka bermain baik bersama dan untik dia berlatih bersama pemain-pemain ini akan menjadi pengalaman berharga untuknya dan dia akan menjadi pemain yang lebih baik.

”Semua anak muda ini mahu menjadi pemain bolasepak yang hebat. Adalah penting untuk mencipta persekitaran untuk pemain-pemain ini bertambah baik, kerana mereka mempunyai sikap sesuai untuk menjadi pemain yang hebat dan bukan sekadar pemain profesional.”

Photo credit: Mirror.co.uk
Photo credit: Mirror.co.uk

Dembele berlatih bersama pasukan England bawah 15 tahun di St.George’s Park bulan lalu namun Scotland mahu merebutnya dahulu dengan menariknya menyertai skuad di atas umurnya untuk mengelak dari dirampas FA England.

Pemain muda itu merupakan pemain gantian namun tidak bermain ketika Scotland menang 2-0 ke atas Ireland Utara pada hari Ahad dalam aksi Perisai Kemenangan.

Jika Scotland menewaskan Ireland dalam perlawanan terakhir mereka pada hari Jumaat, mereka akan bergelar juara kejohanan tersebut.

Other posts by