Football

Liverpool gunakan latihan ragbi untuk bantu Karius menyesuaikan diri di EPL

Loris Karius sedang menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris menerusi sesi latihan ragbi di padang latihan!

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mendedahkan bahawa penjaga golnya itu dilatih oleh jurulatih John Achterberg dengan menggunakan pad ragbi, untuk menyesuaikan diri dengan permainan keras bolasepak Inggeris.

Selepas merasai permainan fizikal menentang Manchester United, West Brom dan Crystal Palace, pengendali Liverpool itu mendedahkan langkah yang diambil oleh mereka.

“Simon Mignolet juga sama. John Achterberg biasanya menggunakan tangannya. Sudah tentu ia penting. Perkara berbeza yang anda perlu lakukan sebagai jurulatih,” jelas Klopp.

“Pertama dia perlu belajar tekniknya, kemudian anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar – enam, tujuh orang pemain di kelilingnya.

“Tiada siapa pun yang akan memberikan ruang. Ianya sangat berbeza.

”Itu bukan persiapan khusus untuk Crystal Palace. Itu untuk penjaga gol di Liga Perdana.”

Other posts by