Hockey

Malaysia tunduk kepada England dalam perlawanan pembukaan Piala Sultan Johor

Malaysia memulakan Kejohanan Piala Sultan Johor dengan buruk apabila tewas 3-1 kepada England.

England yang merupakan juara bertahan mendiamkan sorakan penyokong tuan rumah di Stadium Hoki Taman Daya pada hari Isnin pada minit ke-18 menerusi jaringan padang Nick Page.

Malaysia menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook.

Namun, kegembiraan Malaysia tidak bertahan lama apabila Will Calnan menyempurnakan penalty corner dua minit kemudian untuk mengembalikan penguasaan England.

Christopher Proctor menjaringkan gol ketiga England pada minit ke-57 untuk menamatkan sisa perjuangan Malaysia.

Jurulatih Malaysia Wallace Tan berkata pasukannya bermain baik tetapi tumpul di bahagian serangan menyukarkan mereka.

“Kami perlu menyempurnakan peluang. Dalam perlawanan seterusnya, kami akan fokus pada bahagian pertahanan kerana kami sudah ada pemain sesuai di bahagian serangan,” kata Wallace.

Malaysia akan bertemu pasukan Australia hari ini.

Australia membelasah Jepun 6-0 dalam perlawanan sebelum itu untuk mendahului kejohanan yang disertai enam pasukan itu.

Dalam perlawanan lain, dua gol dari Rana Riza membantu Pakistan menang 5-2 ke atas New Zealand.a

Other posts by