Football

Rizal pemain pertahanan terbaik negara sekarang – Tan Cheng Hoe

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe memberikan pujian kepada pemain pertahanan kanan pasukannya, Mohd Rizal Mohd Ghazali selepas pemain itu memberikan aksi bertenaga untuk membantu skuad hijau kuning merangkul Piala Malaysia.

“Pencapaian Rizal agak bagus sejak tahun lepas. Tak dapat dinafikan dia merupakan pemain pertahanan kanan terbaik Malaysia sekarang.”

Bercakap mengenai kemenangan pasukannya semalam, Tan Cheng Hoe berkata:” Pemain saya memberikan komitmen yang tinggi kerana bukan senang untuk bermain di Shah Alam. Pemain saya semua yakin dengan keupayaan sendiri.

“Saya masih yakin kami akan menang walaupun terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol. Saya yakin bahawa pemain saya boleh buat yang terbaik dalam perlawanan.”

Sementara itu, pemain pertahanan Kedah, Mohd Rizal Mohd Ghazali yang menjadi wira Kedah berkata dia berharap persembahan baiknya malam semalam dapat menarik perhatian jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee.

“ Sebenarnya jaringan saya semalam memang tak dijangka. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua penyokong Kedah kerana memberikan sokongan padu. (Mengenai pujian coach) Bagi saya, saya hanya mengikut semua arahan dan taktikal daripada jurulatih. Bukan sahaja saya, tetapi semua pemain mengikut arahannya. Mengenai pasukan kebangsaan, saya harap akan ada rezeki lagi (untuk sertai).”

Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan.

Rizal menjaringkan gol untuk pasukan Kedah sebelum Hazwan Bakri menjaringkan gol penyamaan buat Selangor.

Other posts by