Football

Kelantan cari penaja baru musim depan?

Kelantan terus dilanda masalah apabila Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Pamoga Qu Puteh tidak akan menaja pasukan dari pantai timur itu musim depan.

Photo credit: Facebook rasmi Tan Sri Annuar Musa
Photo credit: Facebook rasmi Tan Sri Annuar Musa

Menerusi laman Facebook rasminya, Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa: “Penaja utama PAMOGA QU PUTEH telah memaklumkan hasrat untuk tidak menaja pasukan Kelantan musim depan (2017) walaupun mengikut perjanjian, tajaan mereka adalah sehingga 2017.”

Beliau turut menyatakan bahawa perkara ini akan dibincangkan oleh KAFA dan mereka akan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Namun, jika berakhirnya perjanjian dengan Qu Puteh, masih tidak dapat dipastikan adakah jersi pasukan dan warna merah jambu di Stadium Sultan Muhammad IV akan kekal berwarna merah jambu ataupun tidak.

Pasukan Kelantan yang ditaja Pamoga Qu Puteh yang diterajui Datuk Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida menjadi antara tumpuan liga musim lalu.

Selepas memeterai perjanjian penajaan, Datuk Vida mengarahkan Kelantan menukar jersi mereka kepada jenama DSV dan menggunakan warna merah jambu, selain menyatakan dia mahu berada di bangku pemain di setiap perlawanan.

Other posts by