Hockey

Malaysia perlu berwaspada dengan India

Aksi pemain bahagian serangan skuad hoki kebangsaan dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia berada di prestasi kemuncak, tetapi kini tumpuan akan diberikan kepada pemain tengah dan pertahanan dalam aksi bertemu juara Asia, India pada hari Rabu ini.

Pemain berpengalaman seperti pertahanan Mohd Razie Rahim dan pemain tengah Fitri Saari percaya dua bahagian itu perlu bermain bersungguh-sungguh untuk menewaskan India.

Razie mengakui bahawa mereka akan berdepan asakan hebat dari pasukan No.6 dunia, India.

“India pasukan pilihan…mereka mempunyai barisan pemain hebat dan lebih banyak pengalaman,” kata Razie.

“Pertahanan kami akan menjadi tumpuan dan bahagian tengah perlu berkerja keras.

”Apa yang bagus adalah bahagian serangan kami berjaya menjaringkan gol dengan konsisten.

“Namun, ia tetap perlawanan yang sukar. Perlawanan ini akan memberikan kami peluang untuk menguji diri kami selepas menang tiga perlawanan.”

Razie merupakan pengambil penalty corner utama Malaysia, tetapi masih belum membuat jaringan dalam kejohanan ini.

Namun, bekas ketua pasukan dan Nabil Fiqri Mohd hanya diberikan kebenaran untuk bermain dalam kejohanan ini beberapa hari sebelum perlawanan pembukaan. Mereka sebelum itu menyertai latihan menjadi pegawai polis di Pulapol.

Jurulatih negara Stephen van Huizen tidak mengambil berat dengan kekurangan jaringan Razie.

“Dia pemain yang bagus dan kami tahu kebolehannya. Dia akan membuat jaringan, tetapi untuk sekarang, kami ada pemain lain yang mampu membuat kerja itu,” kata Stephen.

Fitri, salah seorang pemain tengah yang berkerja keras dalam pasukan, juga tidak sabar untuk berdepan India kerana “ia akan menunjukkan tahap sebenar kami”.

“Tidak syak lagi India adalah pasukan yang hebat dan pilihan utama kejohanan.

”Kami perlu konsisten dan bermain mengikut arahan jurulatih. Setakat ini, kami telah berjaya namun perlawanan besar sudah tiba…India dan Korea Selatan adalah pasukan berbeza berbanding pasukan yang sudah kami hadapi,” kata Fitri.

Malaysia akan berdepan Korea Selatan pada hari Khamis.

Malaysia mendahului semua pasukan dengan sembilan mata selepas mencatat kemenangan ke atas Pakistan (4-2), China (5-1) dan Jepun (7-2).

India di tempat kedua dengan tujuh mata. Mereka menewaskan Jepun 10-2, seri 1-1 dengan Korea Selatan dan menewaskan Pakistan 3-2.

Aksi separuh akhir akan berlangsung pada hari Sabtu.

Other posts by