Hockey

Faizal bantu Malaysia benam Pakistan di Trofi Juara-Juara Asia

Malaysia memulakan kempen Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia dengan langkah kanan apabila membenam juara bertahan Pakistan 4-2 dalam perlawanan pertama di Stadium Hoki Kuantan, semalam.

Faizal Saari memulakan pesta gol Malaysia apabila menjaringkan gol menerusi pukulan penalti pada minit ke-37 sebelum mengambil peluang hasil bola rebound ketika Malaysia mendapat penalty corner di hujung permainan.

Dua lagi gol Malaysia dijaringkan oleh Firhan Ansari dan Shahril Saabah – juga menerusi bola rebound dari penalty corner yang mengucar-ngacirkan pertahanan Pakistan.

Pakistan, juara dua edisi terakhir kejohanan menjaringkan gol menerusi Muhammad Aleem Bilal.

Jurulatih Malaysia Stephen Van Huizen memuji permainan anak buahnya dalam perlawanan ini: “Hujan turun pada masa yang tepat dan pemain saya berjaya tenang dan memberikan tentangan sengit dalam perlawanan pembukaan ini walapun Pakistan bukan lawan yang mudah

“Penalty corner memang kekuatan kami dalam kejohanan ini dan kami gunakan sebaik mungkin. Untuk Faizal, jaringannya memberikan kelebihan tetapi banyak lagi yang perlu dia lakukan sebelum dia berjaya menjadi seperti dirinya beberapa tahun lalu, ” kata Van Huizen.

Bercakap mengenai lawan mereka yang seterusnya, Van Huizen berkata : “Kami menjangkakan satu lagi perlawanan sengit dan walaupun mereka pasukan baru, kami tidak boleh memandang mudah.”

Mereka akan bertemu China hari ini, dalam satu lagi perlawanan yang dijangka akan memberi tiga mata kepada Malaysia.

Other posts by