Football

VIDEO: Penyerang Arsenal cabar Conor McGregor bertarung dengannya

Olivier Giroud mahu bertarung dengan Conor McGregor dalam pertarungan sangkar – tetapi mengakui hanya mampu bertahan selama 10 saat.

Penyerang Arsenal itu mencabara juara featherweight UFC itu dalam satu sesi soal jawab bersama rakan sepasukannya Laurent Koscielny.

Penyerang Perancis itu mengakui bahawa dia tidak pernah berada di dalam sangkar tetapi menyatakan dia sanggup mencuba.

Sambil memandang kamera, Giroud berkata: “McGregor, bila-bila masa yang anda mahu.”

Namun, dia kemudiannya sedar bahawa berdepan dengan salah seorang manusia yang berbahaya di muka bumi ini bukan tindakan bijak.

“Okay….mati aku,” katanya.

Koscielny yang tidak yakin dengan cabaran Giroud pada McGregor menambah soalan dengan bertanya: “ Berapa lama kamu rasa kamu boleh bertahan menentang McGregor?”

Giroud membalas: “Mungkin 10 saat?”

Kedua pemain tersebut berbalas soalan dalam program ‘Rapid Fire’ untuk laman Youtube rasmi Arsenal.

Koscielny turut mengakui bahawa dia mahu Denzel Washington melakonkan watak sebagai dirinya jika diberi peluang untuk memilih pelakon.

Other posts by