Football

Drogba enggan bermain untuk Montreal Impact

Didier Drogba yang tidak berpuas hati enggan bermain untuk Montreal Impact kelmarin selepas mengetahui bahawa dia tidak akan berada dalam kesebelasan utama, kata jurulatih kelab berkenaan Mauro Biello.

Penyerang terkenal itu memilih untuk tidak hadir ke Stadium Saputo di mana kelab berkenaan seri 2-2 di tempat sendiri menentang Toronto FC sekaligus merebut tempat playoff.

Montreal pada mulanya menyatakan Drogba mengalami kecederaan belakang sebagai punca dia tidak berada dalam senarai, tetapi laporan menyatakan sebaliknya dan disahkan selepas perlawanan.

“Saya bercakap dengannya (pada hari Sabtu) dan dia tidak dapat menerima hakikat dia akan berada di bangku simpanan, jadi, dia membuat keputusan untuk tidak berada dalam senarai 18 pemain terus,” kata Biello kepada wartawan.

“Dia membuat keputusan untuk tidak bermain.”

Drogba, 38 tahun, telah digunakan sebagai pemain gantian dalam dua daripada empat perlawanan terakhir Impact.

Dia dibawa masuk dari kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea Julai lalu dan telah menjaringkan 11 gol dalam 11 perlawanan liga.

Musim ini dia tidak bermain dalam semua perlawanan tetapi tetap berjaya menjaringkan 10 gol dari 18 perlawanan di mana di bermain dalam kesebelasan utama.

Other posts by