UFC

Ronda Rousey kembali ke gelanggang UFC Disember ini

Bintang MMA Ronda Rousey akan kembali ke gelanggang pada 30 Disember ini, menentang juara UFC kategori bantamweight Amanda Nunes.

Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC) Dana White semalam berkata perlawanan itu akan menjadi perlawanan kemuncak UFC 207 di Las Vegas.

Rousey yang berusia 29 tahun, bekas pemenang pingat gangsa Olimpik dalam sukan Judo, memegang kejuaraan tersebut selama tiga tahun, dari November 2012 hingga November 2015 – sebelum tewas secara knock out kepada Holly Holm di Melbourne dalam satu kejutan terbesar dalam sejarah UFC.

Holm kehilangan kejuaran dalam percubaan pertama mempertahankannya kepada Meisha Tate.

Peninju Brazil Nunes memenangi kejuaraan tersebut menerusi submission di pusingan pertama ke atas Tate pada Julai lalu.

Other posts by