Football

Pemain berusia 14 tahun membuat penampilan untuk Galatasaray

Galatasaray mencipta sejarah pada Sabtu lalu apabila pemain berusia 14 tahun, Mustafi Kapi membuat penampilan bersama pasukan senior mereka.

Juara 20 kali Super Liga Turki itu bermain dalam satu perlawanan persahabatan di Bulgaria menentang Levski Sofia untuk memastikan pemain kekal cergas sepanjang rehat perlawanan antarabangsa.

Pada minit ke-89, jurulatih Galatasaray dari Belanda, Jan Olde Riekerink membawa masuk Kapi untuk memberikan dia pengalaman bermain bersama skuad senior.

https://www.youtube.com/watch?v=xwsrDENQcQw

Walaupun hanya membuat penampilan dalam masa yang singkat, ianya tetap dikira sebagai penampilan rasmi pertama pemain yang lahir pada tahun 2002 itu.

Apabila wisel penamat ditiupkan, jurulatih Belanda itu memeluknya dan ia terus menjadi sesuatu yang diperkatakan di internet dan media sosial.

Kapi baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-14 pada Ogos lalu dan telah bermain untuk akademi Galatasaray selama tiga tahun, sejak berpindah dari kelab di tempat asalnya, Denizlispor.

Berita mengenai Kapi ini menjadi berita kedua mengenai pemain muda membuat kejutan selepas pemain berusia 13 tahun dari Celtic, Karamoko Kader Dembele membuat penampilan bersama skuad bawah 20 tahun kelab Scotland itu.

Kepada remaja berusia 13 tahun dan 14 tahun di Malaysia, apa yang anda sedang lakukan sekarang? Mungkin sudah tiba masanya anda menyarung kasut bola anda.

Other posts by