Football

Masih tiada pengesahan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun, apa yang mengejutkan adalah masih tiada tarikh yang diputuskan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia apabila ada pihak yang memohon untuk diadakan pada hari Jumaat.

Selangor mendahului T-Team 2-1 sementara Kedah menewaskan PDRM dengan keputusan yang sama. Perlawanan timbal balik dijadualkan pada 15 Oktober ini.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) , badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan liga bolasepak tempatan, akan mengesahkan tarikh perlawanan akhir selepas perlawanan timbal balik separuh akhir tamat.

“Sebelum ini, kami membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir pada 29 Oktober kerana 30 Oktober adalah hari Deepavali,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam.

“Ini diluluskan pada tahun lalu.

“Apabila kita masuk ke tahun ini, tarikh bertukar kerana kami mengikut kalendar pelbagai agama. Kami membuat keputusan untuk mengekalkan pilihan untuk melangsungkan pada 28 Oktober (Jumaat) jika pasukan bertanding dari negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu mahukan perlawanan akhir berlangsung pada Jumaat malam.

“Kami telah berunding dengan negeri-negeri berkenaan dan memberitahu mereka mengenai pilihan perlawanan pada 28 Oktober dan mereke bersetuju,” kata Kevin.

Kemudian timbul isu mengenai Deepavali yang jatuh pada 29 atau 30 Oktober.

Menurut sesetengah kalendar, Deepavali jatuh pada 30 Oktober. Namun, ianya disambut pada 29 Oktober di Malaysia.

Ini menjadi satu masalah buat FMLLP kerana mereka tidak mahu mengganggu perayaan agama.

“Kerana tempat telah ditetapkan, pihak pengurusan membuat keputusan bahawa 30 Oktober adalah tarikh paling sesuai, namun tetap membuka peluang untuk mengadakan perlawanan akhir pada hari Jumaat.

“Kami tidak akan membuat keputusan di saat terakhir dengan tiba-tiba, sebab itu kami sentiasa berkomunikasi dengan pasukan-pasukan bertanding.

”Kami rasa jarak dua minggu sudah mencukupi untuk penyokong membuat perancangan untuk ke perlawanan akhir.”

Selangor merupakan pasukan paling banyak kejuaraan Piala Malaysia, dengan memenangi kejuaraan ke-33 pada tahun lalu.

Satu lagi kemenangan akan mengubat hati penyokong apabila melalui musim yang mengecewakan apabila menamatkan saingan Liga Super di tempat kelima, memecat jurulatih Zainal Abidin Hassan dan berlaku perselisihan faham dalam pasukan.

Pasukan Red Giants kini berada di bawah jurulatih sementara K. Gunalan.

Other posts by