Semua orang suka melihat dan membaca mengenai statistik bukan? Mempelajarinya mungkin tidak minat, tapi kita suka melihat statistik terutamanya mengenai perkara yang kita suka. Lebih mengejutkan lebih bagus.
Pastinya statistik yang mengejutkan apabila anda melihat sendiri betapa lajunya pemain di Liga Perdana Inggeris berlari.
Setiap tahun, apabila anda mengutuk pemain pertahanan tengah yang kelihatan perlahan dan sering anda kutuk kerana mereka ‘lagi perlahan dari kura-kura’ itu, sebenarnya mereka lebih laju dari penyerang yang anda sayang itu, dan nampaknya musim ini mereka tidak terkecuali.
Jadi nikmatilah tujuh fakta yang akan mengejutkan anda mengenai pemain yang pantas di EPL ini.
1. Ada 9 pemain yang lebih laju dari pertahanan Arsenal, Hector Bellerin, yang anda rasa laju.
2. Pemain Sunderland, Lynden Gooch merupakan pemain kedua terpantas di EPL.
3. Pemain pertahanan Manchester United, Eric Bailly merupakan pemain pertahanan paling pantas di EPL
4. Kyle Walker merupakan pemain Inggeris paling pantas di EPL
5. Sadio Mane, Anthony Martial dan Raheem Sterling tidak ada dalam senarai sepuluh pemain terpantas EPL.
6. Pemain pertahanan Southampton Maya Yoshida SAMA pantas dengan Theo Walcott
7. Shane Long 0.12km/jam lebih pantas dari pemain EPL lain.
Dapat kesemuanya? Ini senarai 10 pemain terpantas di EPL.
10 – Hector Bellerin (34.77 km/h)
=8 – Maya Yoshida (34.78 km/h)
=8 – Theo Walcott (34.78 km/h)
7 – Wilfried Zaha (34.79 km/h)
6 – Eric Bailly (34.84 km/h)
5 – Andre Gray (34.87 km/h
4 – Jamie Vardy (35.10 km/h)
3 – Kyle Walker (35.18 km/h)
2- Lynden Gooch (35.19 km/h)
1 – Shane Long (35.31 km/h)
Selepas anda membaca artikel ini, pastinya anda akan merasa kagum atau mungkin anda terus mahu rehat perlawanan antarabangsa ini cepat berlalu.
Other posts by Khairul Nizam