Football

Selangor sedia sokong Tunku Ismail sebagai Presiden FAM

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bersedia untuk menyokong Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk jawatan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Naib Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal berkata dalam satu kenyataan media bahawa Tunku Ismail adalah ‘calon terbaik untuk memimpin badan pentadbir bolasepak itu’.

“FAS berpendapat bahawa Tunku Ismail adalah calon terbaik untuk mengisi jawatan Presiden FAM. Ini berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam bolasepak dan kejayannya mentransformasikan bolasepak Johor dalam masa yang singkat.

“FAS percaya Tunku Ismail mempunyai visi dan misi untuk mengubah bolasepak Malaysia

”Kerana itu, kami bersedia untuk menyokong beliau jika beliau mahu bertanding untuk jawatan tertinggi itu,” kata Subahan, yang juga bekas timbalan presiden FAM.

Pada bulan Ogos, jawatankuasa eksekutif FAM membuat keputusan untuk mengadakan pemilihan awal, membawa kongres FAM (pemilihan) seawal 2017 berbanding tarikh asal pada 2018.

FAM dijangka akan membuat keputusan mengenai tarikh pemilihan pada 10 Oktober.

Other posts by