Tan Kian Meng – Lai Pei Jing mungkin telah meletakkan diri mereka sebagai bergu campuran No.2 negara, namun mereka tahu mereka perlu berkerja keras.
Kian Meng-Pei Jing, yang baru digandingkan setahun lalu, telah berjaya mara ke lima perlawanan akhir pada tahun ini- dan menang satu kejuaraan.
Mereka berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Vietnam pada Julai tetapi menjadi naib juara di Malaysian Masters, Terbuka Poland, Terbuka Taiwan dan Indonesian Masters.
Kebangkitan Kiang Meng-Pei Jing telah membantu mengangkat beban dari bahu bergu campuran No.7 dunia dan pemenang pingat perak Olimpik, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
“Walaupun kami telah tewas beberapa perlawanan akhir, ianya tidak penting kerana apa yang penting adalah kami terus bertambah baik,”kata Pei Jing.
“Gandingan kami masih mentah dan kami masih belajar.”
Kian Meng-Pei Jing, berada di kedudukan ke-19 dunia, akan meneruskan proses pembelajaran mereka- dan berharap akan merapatkan kedudukan dengan senior mereka- di Terbuka Thailand, yang akan bermula pada hari Rabu ini di Bangkok.
“Kami sememangnya berharap untuk meneruskan rentak baik kami. Ianya satu cabaran untuk terus berada di kemuncak prestasi dalam setiap kejohanan,” kata Pei Jing.
“Sebab itu saya selaly mengingatkan diri untuk fokus kepada tugasan yang ada. Kami perlu bersabar dan mengawal tekanan untuk beraksi baik.”
Kian Meng-Pei Jing, bergu pilihan ketiga di Terbuka Thailand, sedang dalam landasan tepat untuk layak ke Kejohanan Dunia di Glasgow tahun depan.
Mereka akan memulakan kempen di Bangkok menentang gandingan Indonesia Hiski Rumengan-Rofahadah Supriadi Putri di pusingan pertama.
Satu lagi bergu Indonesia- Riky Widianto –Gloria Emanuelle Widjaja -menanti mereka di pusingan kedua.
Dalam acara perseorangan wanita, juara remaja dunia Goh Jin Wei akan beraksi menentang wakil Indonesia Hana Ramadhini di pusingan pertama.
Wakil perseorangan wanita negara, di Terbuka Thailand adalah pemain No1 negara Tee Jing Yi dan pemain No.67 dunia Ho Yen Mei.
Other posts by Khairul Nizam