Football

Dua bekas pengurus Manchester United didakwa terlibat skandal rasuah

Senarai nama lapan pengurus dan bekas pengurus pasukan Liga Perdana Inggeris yang didakwa kononnya terlibat dalam skandal salahlaku perpindahan pemain tersebar di laman sosial.

Antara nama yang disebutkan adalah Steve Bruce (tiada kelab), Alan Pardew (Crystal Palace), Mark Hughes (Stoke City), Ryan Giggs (Tiada kelab), Tony Pulis (West Brom), Eric Black (Southampton), Harry Redknapp (Tiada kelab) dan David Moyes (Sunderland).

Pendedahan terbaru ini semestinya mengejutkan peminat-peminat bolasepak Inggeris terutamanya selepas pengurus pasukan England, Sam Allardyce meletakkan jawatan selepas dirakam memberikan tunjuk ajar cara untuk menyeleweng di dalam perpindahan pemain.

Namun, nama-nama yang disebutkan ini masih belum disiasat dan disahkan terlibat.

Sebelum ini, seorang ejen dari Itali, Pino Pagliara mendedahkan bahawa ramai pengurus pasukan dari Liga Perdana Inggeris dan Liga Kejohanan menerima rasuah daripada pasaran perpidahan pemain.

Skandal ini didedahkan menerusi wartawan Daily Telegraph yang menyamar dan menemuramah Pino berkenaan isu ini.

Namun, dalam perkembangan seterusnya Pino memberi kenyataan kepada ITV dan BBC bahawa dia hanya menyatakan “apa yang wartawan tersebut mahu dengar”.

“Mereka percaya bahawa cara paling berjaya untuk melakukan perpindahan adalah jika mereka berjaya mengikat pengurus itu,” katanya kepada ITV.

“Jika pengurus itu mengambil duit dari kami, maksudnya kami berjaya. Selepas menjelaskan itu bukan sebabnya saya rasa ianya lebih mudah untuk berkata ‘OK, apa saja kata awak, kita akan sogok mereka.”

Pagliara memberitahu BBC bahawa ketika itu, dia sedang cuba menarik perhatian wartawan itu, yang menyamar menjadi seorang wakil dari firma yang menawarkan jawatan konsultan.

Pagliara turut mengkritik Telegraph kerana menyerang pengurus yang terlibat.

“The Telegraph tidak tahu bagaimana industri bolasepak diurus. Mereka tidak ada kebolehan atau kemampuan di dalam industri ini,” katanya kepada ITV.

“Sama ada gejala rasuah teruk atau tidak, siasatan lebih baik dijalankan kepada perkara yang lebih jelas dan bukan mencipta masalah baru kerana ianya sukar untuk mencari penjahat sebenar – kenapa mereka sesuatu yang tidak ada.”

The Telegraph mengeluarkan kenyataan untuk mempertahan laporan mereka.

“Pasukan siasatan kami telah mengadakan banyak pertemuan dan perbualan telefon bersama Pagliara dalam tempoh beberapa bulan,” kata kenyataan tersebut. “Transkrip siasatan kami, yang kini sedang disediakan kepada polis dan FA, menunjukkan dengan jelas apa yang dikatakan olehnya mengenai beberapa pengurus Liga Perdana.”

Other posts by