Badminton

V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir Terbuka Korea

Pemenang pingat perak Olimpik Rio Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan aksi bertenaga apabila mara ke suku akhir Kejohanan Super Series Terbuka Korea yang berlangsung di Stadium Tertutup Seong-nam di Seoul semalam.

Bergu pilihan kelima itu menewaskan bergu England Peter Briggs-Tom Wolfenden 21-17, 21-16 di pusingan kedua acara bergu lelaki.

Namun begitu, satu lagi bergu lelaki negara Hoo Thien How/Teo Kok Siang gagal mara apabila tewas kepada pasangan muda China Huang Kaixiang-Wang Yilyu 21-17, 13-21, 9-21.

Bergu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut berjaya mara ke suku akhir apabila menewaskan pasangan tuan rumah Kim Duk Young-Kim Hye Rin 21-17, 21-16.

Saingan Malaysia bagi acara perseorangan lelaki berakhih apabila wakil negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin tewas kepada pemain China 13-21, 19-21.

Bintang badminton negara dan pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menarik diri dari menyertai kejohanan ini bagi memberi fokus kepada Terbuka Denmark yang akan berlangsung pada 18-23 Oktober dan Terbuka Perancis yang akan berlangsung pada 25-30 Oktober selepas berjaya menjuarai Terbuka Jepun.

Other posts by