Football

Schweinsteiger sedia berperang dengan Mourinho?

Walaupun dianggap sebagai pemain lebihan di Manchester United dan di’beku’kan oleh Jose Mourinho, bekas pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger dilihat terus menyokong pasukan dan rasukan sepasukannya musim ini.

Jadi, selain daripada menulis ucapan selamat berjaya dan tahniah di twitter kepada pasukannya, apa lagi yang dilakukan oleh Bastian Schweinsteiger musim ini? Dari post terbaru di Instagram nampaknya dia bersedia untuk pergi berperang….

Melihat pada foto berkenaan yang diambil pada bulan April, ketika Louis Van Gaal masih menjadi pengurus United dan sebelum Jose Mourinho mengambil alih, apa agaknya yang ditaip oleh Schweini di telefonnya? Adakah memohon bantuan kecemasan?

Rupanya itu hanyalah satu iklan permainan video yang dibintangi oleh Schweini. Kami sangkakan dia mahu berperang dengan Jose untuk merebut tempatnya dalam pasukan.

Other posts by