Badminton

Iskandar teruskan kemaraan di Terbuka Korea

Pemain badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menarik nafas lega apabila mengelak dari tersingkir di pusingan pertama Terbuka Korea.

Pemain No.2 Malaysia itu memberikan aksi bertenaga untuk mengejutkan pemain No.9 dunia Angus Ng. Ka Long di pusingan pertamam acara perseorangan lelaki pada hari Rabu. Iskandar bermula perlahan namun bangkit semula untuk menang 13-21, 21-14, 21-17.

Kemenangan itu menebus kembali kekecewaannya di Terbuka Jepun minggu lalu di mana dia tersingkir seawall pusingan pertama.

“Saya tidak menjangka untuk tewas di Jepun kerana ketika itu saya mendahului Prannoy 20-17 dalam set pertama. Namun saya hilang fokus. Ianya satu pengajaran untuk saya dan saya tak mahu ia berulang di sini,” kata Iskandar.

Pemain No.25 dunia itu akan bertemu pemain No.44 dunia Qiao Bin, yang menewaskan pilihan kelima Chou Tien-chen dari Taiwan 21-14, 21-18 untuk merebut tempat ke suku akhir.

“Peluang saya menentang Qiao Bin 50-50. Tetapi saya rasa yakin untuk menang kerana saya mahu ke suku akhir Superseries buat pertama kali,” ujar Iskandar.

Seorang lagi waki Malaysia, Goh Soon Huat terkandas di pusingan pertama apabila tewas mudah kepada pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus.

Pemain No.12 Vittinghus menang 21-15, 21-12 untuk bertemu pemain muda Taiwan Wang-Tzu Wei di pusingan kedua.

Dalam acara bergu lelaki, pemenang pingat perak Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bermula garang apabila menewaskan bergu Taiwan Chen Hung-ling – Wang Chi-lin 22-20, 21-14.

Mereka akan bertemu pasangan England Peter Briggs – Tom Wolfenden untuk merebut tempat ke suku akhir.

Bergu bebas Hoo Thien How-Teo Kok Siang juga mara selepas menewaskan bergu Korea Selatan Lee Sang-won – Park Kyung Woon 21-19, 19-21, 22-20. Mereka akan bertemu bergu muda China Huang Kaixiang – Wang Yilyu.

Namun, bergu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei menjadi mangsan pertama apabila tewas kepada gandingan tuan rumah Go Ah-ra – Kim Hyang-im 9-21, 21-13, 18-21.

Other posts by