Football

Skandal rasuah EPL: Lapan pengurus terima bayaran untuk perpindahan pemain

Lapan pengurus Liga Perdana telah didakwa menerima ‘bayaran’ untuk perpindahan pemain dalam satu lagi skandal besar bolasepak Inggeris.

Ketika Sam Allardyce kehilangan jawatannya sebagai pengurus pasukan kebangsaan England selepas hanya satu perlawanan dan 67 hari bertugas, kini didedahkan bahawa banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.

Dilaporkan bahawa Cardiff City menyiasat bayaran dalam urusan pinjaman seorang pemain dari West Ham ketika Allardyce menjadi pengurus pasukan London itu.

Ejen pemain telah dirakam oleh oleh wartawan yang menyamar dan mendakwa lapan pengurus di Liga Perdana dan dua pengurus Liga Kejohanan telah mengambil wang ‘bawah meja’.

Pino Pagliara, seorang ejen dari Itali yang telah digantung dari bolasepak sejak lima tahun lalu kerana mengatur perlawanan pada tahun 2005, telah dirakam memberi nama pengurus yang telah ‘menyeleweng’ di sebuah restoran di Manchester.

Photo Credit: Telegraph
Photo Credit: Telegraph

Dia berkata “ Ada satu perkara yang saya boleh harapkan, ianya adalah pengurus yang tamak. Dalam bolasepak, semuanya berada di bawah meja…saya sudah menguasainya.”

Pagliara menambah dengan mengatakan seorang pengurus menggunakan kata kunci ‘kopi’ untuk mendapatkan wang.

Dia berkata:“Kami mengenali dia dengan sangat,sangat rapat. Kami membuat perpindahan ke (pasukan), [X] mengenyit mata kepada kami dan berkata ya, saya mahukan pemain itu. Ada sedikit kopi untuk saya, Pino? Ya, itu yang dia akan katakana. Dan ya, sudah tentu ada. Saya akan berunding.”

Ejen itu turut mendakwa bahawa pengurus tersebut juga pernah mengatur perlawanan.

Ketika bertemu dengan wartawan yang menyamar dari Daily Telegraph itu di San Carlo restaurant, Pagliara berkata dia mahu memberitahu seorang pengurus yang berurusan dengannya: “Anda mempunyai backhand lebih banyak dari Wimbledon.”

Pagliara pernah berurusan dengan pelbagai perpindahan di England, termasuk membawa masuk Fabrizio Ravanelli ke Middlesbrough dari gergasi Itali Juventus untuk £7 juta pada tahun 1996. Dia turut bertanggungjawab untuk perpindahan Gianfranco Zola dari Parma ke Chelsea.

Photo Credit: Real Sport
Photo Credit: Real Sport

Rakan Allardyce yang juga bekas penyerang Manchester United Scott McGarvey turut bertemu wartawan yang menyamar itu, juga rakan perniagaan Pagliara, Dax Price. Keduanya menamakan pengurus-pengurus yang sama seperti disebut oleh ejen Itali itu.

McGarvey, yang menafikan sebarang salahlaku, mengakui sendiri dia membayar dua pengurus berhubung perpindahan pemain. Maklumat terkini ini menyebabkan Football Association berdepan krisis terbesar sejak beberapa tahun.

Sementara itu, Cardiff dilaporkan melancarkan siasatan selepas mengetahui mengenai bayaran yang tidak dapat dijelaskan berhubung pinjaman bekas pemain bawah-21 tahun England Ravel Morrison dari kelab lama Allardyce, West Ham.

Photo Credit: SkySports.com
Photo Credit: SkySports.com

Perpindahan pemain itu ke kelab Wales itu disiasat selepas persoalan mengenai bayaran yang dibayar berhubung urusan itu. Pagliara mendakwa bayaran tersebut telah dipersetujui oleh Allardyce berhubung pinjaman Morrison, menurut The Telegraph.

Namun Cardiff gagal untuk mendakwa Big Sam, polis dan FA, di mana satu pelanggaran jelas undang-undang badan pentadbir itu. Penyiasat luar, yang dibawa Cardiff tidak dapat menemui sebarang bukti mengenai sebarang bayaran kepada Allardyce, atau sebarang bayaran yang dibuat secara langsung kepada Pagliara, dan kelab tersebut menggulung siasatan itu.

Allardyce sebelum ini menafikan menerima sebarang rasuah berhubung perpindahan pemain. Dia gagal memberi maklumbalas kepada soalan dari Daily Telegraph.

 

Other posts by