Badminton

V Shem–Wee Kiong mahu bangkit semula di Terbuka Korea

Goh V Shem-Tan Wee Kiong berharap akan bangkit semula dengan persembahan lebih mantap di Kejohanan BadmintonTerbuka Korea di Seoul, minggu ini.

Gandingan pingat perak Olimpik negara V Shem-Wee Kiong diundi bertemu pasangan Taiwan Chen Hung-ling – Wang Chi-lin di pusingan pertama acara bergu pada har Rabu. Jika mereka menang, mereka akan bertemu pasangan Korea Kim Gi-jung – Choi Sol-gyu di pusingan seterusnya.

Di Terbuka Jepun minggu lalu, V Shem- Wee Kiong yang merupakan pilihan kelima kejohanan tewas kepada pasangan bukan pilihan dari China Huang Kaixiang- Wang Yilyu dari China 21-23, 12-21 di pusingan kedua.

“Kami tidak bermain dengan baik di Jepun. Selepas kekalahan itu, kami melihat semula permainan kami. Di Seoul, kami berharap akan dapat bermain dengan lebih baik dan meningkatkan ketepatan kami,” kata V Shem.

Kejohanan ini juga akan menyaksikan penampilan semula bekas bergu No.1 dunia, Lee Yong-dae – Yoo Yeon-seong sebagai pemain bebas. Bergu tersebut menarik diri dari pasukan kebangsaan selepas tewas kepada V Shem-Wee Kiong di suku akhir Olimpik Rio Ogos lalu.

“Korea Selatan mencuba gandingan baru dalam kejohanan mereka sendiri. Mereka mencuba dengan gandingan baru Ko Sung-hyun dan Kim Gi-jung di Jepun dan mereka beraksi baik untuk mara ke perlawanan akhir. Di sini, Gi-jung akan digandingkan dengan Sol-gyu sementara Sung-hyun akan bergandingan dengan Kim Jae-hwan. Kami perlu berhati-hati dengan Gi-jung-Sol-gyu jika melepasi pusingan pertama,” kata V Shem.

Selain V Shem-Wee Kiong, pemain Malaysia lain yang beraksi adalah Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Goh Soon Huat (perseorangan lelaki) ; Hoo Thien How – Teo Kok Siang (bergu lelaki), Vivian Hoo-Woon Khe Wei (bergu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (bergu campuran).

Other posts by