Football

Ong Kim Swee panggil muka baru sertai skuad kebangsaan

Jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee membuat kejutan apabila memanggil muka-muka baru untuk perlawanan persahabatan bertemu Singapura dan Afghanistan bulan depan.

Pada hari Rabu, Kim Swee mengumumkan bahawa dia meninggalkan empat pemain – Brendan Gan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Mohammad Amer Saidin (JDT II) dan Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United) – dari skuad yang tewas 3-0 kepada Indonesia di Solo pada 6 September.

Lima muka baru dipanggil – Mohd Fazrul Hazli Kadri (Perak), Muhammad Hadin Azman (Felda United), Ahmad Khuzaimi Piee (Melaka United) dan Mohd Rizal Ghazali serta Mohd Syazwan Zainon (Kedah) – untuk melengkapkan 25 pemain di dalam skuad latihan kendaliannya.

Kim Swee turut memanggil semula pertahanan Perak, Nazirul Naim Che Hashim yang menarik diri akibat kecederaan sebelum pertemuan menentang Indonesia.

Malaysia, pasukan ranking 158 dunia akan bertemu pasukan di ranking ke 155 dunia, Singapura di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober dan pasukan ranking 149 dunia, Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober.

Kim Swee akan menggunakan perlawanan persahabatan ini sebagai persiapan sempena Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 19 November- 17 Disember. Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Myanmar, Vietnam dan pasukan dari pusingan kelayakan.

Pemain yang dipanggil:

Penjaga Gol: Muhd Hafizul Hakim (Perak), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Khairulazhan Khalid (Selangor).

Pertahanan: Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Ronny Harun (Sarawak), Matthew Davies (Pahang), Ahmad Khuzaimi Piee (Melaka United), Mohd Rizal Ghazali (Kedah), Mohd Fadhli Shas, Mohd Azrif Nasrulhaq (JDT).

Tengah: Mohd Fazrul Hazli Kadri (Perak), Mohd Irfan Fazail (JDT II), Ahmad Fakri Saarani, Muhd Hadin Azman (Felda), Baddrol Bakhtiar, Mohd Syazwan Zainon (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (PDRM), S, Veenod, Adam Nor Azlin (Selangor), Mohd Safawi Rasid (T-Team).

Penyerang: Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (JDT II), Muhd Fakrul Aiman Sidid (PDRM), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Mohd Amri Yahyah (JDT).

Other posts by