Badminton

Zulfadli tarik diri dari sertai Terbuka Jepun

Zulfadli Zulkifli telah menarik diri dari Kejohanan Badminton Terbuka Jepun yang menawarkan hadiah bernilai RM 1.24 juta disebabkan keletihan.

Pemain no.37 dunia itu sepatutnya membuat penampilan di dalam kejohanan tersebut dengan bertemu pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus dalam pusingan pertama di Tokyo pada hari Rabu.

Namun,Zulfadli merasakan dia telah membuat keputusan yang tepat dengan tidak menyertai kejohanan tersebut kerana “dia tida berada di dalam keadaan terbaik”, selepas telah mengembara sejauh 30,000km untuk bertanding di Grand Prix Brazil dan Kejohanan Universiti Dunia di Russia dalam tempoh dua minggu lalu.

Dia muncul pemenang di Brazil untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama lima tahun dan merangkul pingat gangsa di kejohanan varsiti itu.

“Buka selalu saya beraksi terus dalam undian utama acara Superseries, tetapi saya terpaksa lepaskan buat kali ini,” kata juara remaja dunia 2011 itu.

“Saya merasakan tekanan perjalanan jarak jauh dalam tempoh dua minggu lalu. Tidak berguna saya ambil bahagian jika tidak berada dalam keadaan terbaik.

“Saya turut akan berada dalam undian utama di Terbuka Korea (minggu depan), tetapi saya turut menarik diri kerana tidak mungkin saya bermain empat kejohanan berturut-turut.”

Ini meninggalkan Malaysia dengan hanya dua wakil iaitu Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk bertanding dalam acara perseorangan lelaki di Tokyo.

Chong Wei akan memulakan kempen memburu kejohanan Terbuka Jepun kelimanya menentnag Boonsak Ponsana dari Thailand sementara Iskandar akan bertemu H.S. Prannoy dari India.

Goh Soon Huat gagal menyertai mereka apabila tewas 21-15, 21-17 kepada wakil Jepun Riichi Takeshita di pusingan kelayakan.

Bergu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan bergu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan turut kembali beraksi sejak memenangi pingat perak di Olimpik Rio.

V Shem-Wee Kiong akan bertemu Bodin Isara-Nipitphon Phuangpuapet dari Thailand sementara Peng Soon-Liu Ying akan bertemu Matthee Nottingham-Emily Westwood dari England.

Other posts by