Football

Malaysia gagal mara ke separuh akhir AFF B-19

Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF Bawah 19 tahun selepas tewas 3-1 kepada Vietnam dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Hanoi.

Vietnam yang berada di tangga teratas dengan 10 mata, menamatkan kempen dengan bergaya di Stadium Hang Day semalam dengan jaringan daripada Tran Duy Khanh(13’), Doan Van Hau (78’) dan Nguyen Tien Lin (90+1’). Malaysia menghasilkan gol menerusi Muhd Jafri Chew (89’).

Pasukan Timor Leste membuat kejutan apabila layak ke separuh akhir pertama mereka apabila menewaskan Singapura 2-0 di Pusat Latihan Bolasepak Remaha (YFC) di Hanoi. Rufino Gama (5’) dan Jose Maria Oliveira (89’) menghasilkan jaringan buat Timor Leste yang menamatkan kempen di tempat kedua dengan sembilan mata.

Malaysia, yang tewas 3-2 kepada Timor Leste pada hari Sabtu, di tangga ketiga dengan enam mata, Singapura di tangga keempat dengan empat mata dan Filipina di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Tahun lalu, Malaysia tewas 5-0 kepada juara bertahan Thailand di separuh akhir. Malaysia kemudiannya tewas 3-2 kepada Laos di penentuan tempat ketiga di Vientiane.

Other posts by