Badminton

Soniia atasi igauan buruk untuk muncul juara Kejohanan Antarabangsa Belgium

Kesungguhan Soniia Cheah akhirnya membuahkan hasil di Kejohanan Badminton Antarabangsa Belgium.

Bekas pemain wanita No.1 negara itu merangkul kejuaraan pertamanya apabila menewaskan pemain No.96 dunia dari Denmark Sofie Holmboe Dahl 21-11, 16-21, 21-16 dalam perlawanan akhir perseorangan wanita pada hari Sabtu.

Soniia sebelum ini berada di ranking ke 34 dunia pada Ogoso 2013 sebelum mengalami kecederaan buku lali yang mengganggunya selama tiga tahun.

Dia kembali pada Mei tahun ini dalam saingan Piala Uber dan telah berkerja keras untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

“Saya sangat gembira sekarang kerana dengan gelaran pertama saya ini saya telah buktikan kepada diri saya bahawa tiada yang mustahil,” kata Soniia yang kini berada di ranking No.183.

“Kecederaan saya adalah perkara yang sudah berlalu dan sekarang saya boleh tumpukan untuk mara lebih jauh dalam kerjaya saya.”

Jurulatih wanita Wong Tat Meng juga memuji Soniia.

“Dia ragu ragu jika dia mampu untuk kembali ke gelanggang ketika tercedera. Kemenangan ini adalah satu galakan untuk dia maju ke depan,” kata Tat Meng.

“Dia menunjukkan kesungguhan untuk kembali semula dan harapannya ini adalah kejuaraan pertama dari banyak lagi untuk dia.”

Tugasan seterusnya untuk Soniia adalah Kejohanan Antarabangsa Poland pada 22-25 September.

Other posts by