Featured, Others

Wira Paralimpik Malaysia – Pergimu tak dipeduli, pulangmu dirai

Ridzuan Puzi, Abdul Latif Romly, Ziyad Zolkefli.

Tiga nama ini sering menjadi sebutan sejak kebelakangan ini. Nama mereka disebut di warung kopi, di pasar, di kompleks membeli belah. Sebut nama mereka, dan majoriti rakyat Malaysia akan mengenali tiga individu luar biasa ini.

Namun, sebutkan nama mereka sebelum 7 September, berkemungkinan besar anda akan mendapat balasan seperti “Siapa tu?” atau “Sorry, tak kenal”. Sebelum 7 September mungkin 7 dari 10 orang rakyat Malaysia tidak mengenali nama-nama ini.

Photo credit: Twitter @Khairykj
Photo credit: Twitter @Khairykj

Tanggal 11 September mengubah semuanya. Tiga insan luar biasa ini mencipta sejarah buat negara dengan merangkul tiga pingat emas, memecahkan satu rekod paralimpik dan dua rekod dunia di Sukan Paralimpik, Rio de Janeiro.

Bahkan, di laman sosial trending hashtag #TerbangLatifTerbang ketika Abdul Latif Romly beraksi hingga digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Tidak pernah kita lihat perkara sebegitu berlaku bahkan di temasya Sukan Olimpik. Sehari selepas itu, trending pula #lajuIasahLaju ketika seorang lagi wakil negara Siti Noor Iasah beraksi dalam acara 400m wanita T20.

Screen Shot 2016-09-15 at 11.05.02 PM

Selepas kejayaan mereka, rakyat Malaysia mula tahu bahawa kita mempunyai jagoan bertaraf dunia di Malaysia. Jika ditanya mengenai siapa atlit Malaysia yang dikenali, mungkin ramai akan menyebut nama-nama seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David atau mungkin pemain bola sepak seperti Allahyarham Mokhtar Dahari dan Safiq Rahim.

Bukan tugas mudah untuk mengubah persepsi dan membuka mata rakyat Malaysia mengenai sukan dan atlit Paralimpik Malaysia. Selepas sekian lama dianggap sebagai atlit kelas kedua dan sering dipandang ringan, kini mereka menjadi tumpuan utama negara. Rakyat Malaysia mula melihat mereka setanding atau lebih hebat daripada rakan mereka yang normal atau able-body.

@missrusdi.tmb-width768

Teringat ketika berada di majlis untuk menghantar mereka ke Brazil. Ketika itu tidak ramai yang peduli. Bahkan mungkin ada yang tidak tahu mengenai Sukan Paralimpik yang akan berlangsung ketika itu. Di waktu hening Subuh dan sunyi itu, ia menggambarkan sokongan ketika itu kepada mereka. Tidak dipeduli dan seakan tiada.

Namun, semuanya akan berubah. Kepulangan mereka pada 22 September dinanti. Mereka akan dirai secara besar-besaran. Mereka akan menerima sambutan yang meriah dari Rakyat Malaysia seperti yang mereka layak terima. Kepulangan mereka pastinya disambut sama atau lebih meriah dari rakan-rakan mereka ketika pulang dari Sukan Olimpik.

Photo Credit: Malay Mail
Photo Credit: Malay Mail

Kemenangan mereka dan perjuangan rakan-rakan mereka yang luar biasa ini diharap bukan kemuncaknya. Diharap ini satu permulaan kepada kita untuk terus menyokong mereka. Aku membayangkan stadium yang penuh ketika wira-wira ini beraksi di Sukan Para Asean di Kuala Lumpur tahun hadapan. Bukan selalu kita dapat melihat juara dunia beraksi di depan mata kita bukan? Tapi itu, kita tolak tepi dulu. Ayuh rakyat Malaysia, berikan sambutan paling hebat kepada wira-wira negara ini pada 22 September ini! Tunjukkan mereka bahawa kita peduli dan hargai mereka.

Other posts by