Malaysia berjaya merangkul pingat keempat di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro menerusi acara lompat jauh T20.
Siti Noor Radiah Ismail yang juga merupakan juara Asia berjaya merangkul pingat gangsa apabila mencatat jarak lompatan 5.20m sekaligus memecahkan rekod Asia yang dipegang oleh seorang lagi wakil Malaysia, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin.
Nasib sekali lagi tidak menyebelahi Iasah apabila sekadar menduduki tempat keempat di belakang Radiah apabila mencatat jarak lompatan 4.91m.
Pingat emas dirangkul Mikela Ristoski dari Croatia dengan catatan jarak lompatan 5.79 menewaskan Karol Kucharczyk dari Poland yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas hanya mencatat jarak lompatan 5.55m.
Other posts by Khairul Nizam