Uncategorized

IPC menegur pelari Ethiopia kerana membuat isyarat bantahan kepada kerajaan negaranya

Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) menegur seorang pelari kelainan upaya Ethiopia semalam kerana menyilang tangannya di atas kepala selepas melepasi garisan penamat, sebagai tanda bantahan kepada pelanggaran hak asasi manusia oleh kerajaan negaranya.

Isyarat protes yang dibuat oleh Tamiru Demisse, pemenang pingat perak acara 1500m lelaki di Rio de Janeiro pada hari Ahad lalu, berlaku selepas rakan pelari senegaranya Feyisa Lilesa membuat isyarat yang sama ketika temasya Sukan Olimpik bulan lalu selepas merangkul pingat perak dalam acara marathon lelaki.

Gaya tersebut – bagaikan membuat X di atas kepada – adalah simbol tentangan ke atas tindakan keras kerajaan Ethiopia yang menentang protes anti kerajaan yang bermula di daerah Oromo pada November tahun lalu.

Badan Hak Asasi Manusia membuat jangkaan pihak keselamatan Ethiopia telah membunuh lebih 400 orang yang terlibat dalam protes tersebut.

Namun, IPC telah menegur Demisse,22, kerana membuat kenyataan politik di temasya sukan tersebut.

“Dia telah diberitahu dengan jelas bahawa kenyataan politik tidak dibenarkan…di Sukan Paralimpik, sama seperti di Sukan Olimpik. Dia telah diberitahu dengan sangat jelas untuk tidak melakukannya lagi,” kata presiden IPC, Philip Craven.

download

Atlit Olimpik Lilesa membuat isyarat protes tersebut sebanyak dua kali- sekali ketika melintasi garisan penamat, dan satu lagi ketika di atas podium. Dia menyatakan bahawa dia risau akan keselamatannya apabila pulang ke tanah air.

Pihak berkuasa Ethiopia telah memberi jaminan bahawa dia tidak akan dihukum, namun dia tetap tidak menyertai penerbangan pulang bersama rakan sepasukannya yang lain.

Laporan menyatakan dia sedang mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat.

Ejen beliau, Federico Rosa, memberitahu AFP: “Saya tidak rasa dia akan pulang kembali (ke Ethiopia).”
Dianggap sebagai negara Afrika yang paling menindas rakyatnya, Ethiopia bergelut untuk mengawal gerakan anti-kerajaan yang dilancarkan oleh gerakan penentang, yang bermula dari Oromo.

Other posts by