Athletics, Others

Siti Noor Iasah layak ke penentuan pingat 400m Paralimpik

Seorang lagi wakil negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin berjaya layak ke penentuan pingat selepas melepasi peringkat kelayakan acara 400m wanita (T20) awal pagi tadi.

IMG_9129

Siti Noor Iasah mencatatkan masa kedua terpantas di pusingan kelayakan dengan catatan masa 58.96 saat di belakang pelari Amerika Syarikat Breanna Clark yang mencatatkan masa 58.25 saat.

Iasah, yang menduduki ranking ketiga dunia sebelum ini pernah memenangi pingat emas di Sukan Para Asia pada tahun 2014 di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Para Asean tahun lalu di Singapura.

Siti Noor Iasah akan beraksi di penentuang pingat pada pukul 4.30 pagi Rabu nanti.

Semalam turut berlangsung peringkat kelayakan acara renang 50m lelaki gaya bebas yang disertai oleh perenang Malaysia Jamery Siga. Namun, Jamery Siga tidak berjaya melayakkan diri ke penentuan pingat apabila menduduki tempat keenam dengan catatan masa 38.79 saat.

14291650_1280232825321844_5449442306208935802_n

Turut berlangsung semalam adalah acara kapal layar (keelboat) 2.4mR. Peserta Malaysia Al Mustakim Matrin berjaya menduduki tempat ke-14 bagi perlumbaan pertama dan kedudukan ke-9 bagi perlumbaan kedua bagi mendapatkan 24 mata secara keseluruhan.

Sebelum itu, pemenang pingat emas pertama negara Ridzuan Puzi beraksi dalam acara lompat jauh T36. Beraksi di acara yang dia tidak dikategorikan sebagai antara pilihan utama, Ridzuan berjaya menduduki tempat ke-4 dengan catatan jarak lompatan 5.36m.

Other posts by