Originally written in English. Translated by Khairul Nizam
1)Perjuangan panjang Ridzuan Puzi
Ianya tidak pernah mudah untuk Ridzuan Puzi. Menurut bapanya, Ridzuan didiagnos dengan Cerebral Palys sebaik sahaja hari jadi pertamanya, yang merobek hati ibu bapa beliau. Mereka sentiasa risaukan masa depan dan sama ada anak mereka itu boleh berdikari, namun semangat Ridzuan, dan bantuan dari pelbagai pihak, membantu Ridzuan mendaki ke puncak kejayaan. Bermula sebagai atlit profesional di Sukan Paralimpik ASEAN pada tahun 2011, dan lima tahun kemudian, BOOM! Juara dunia dan pemegang pingat emas Paralimpik. Menakjubkan!
2) Tunjang kekuatan profesional Ridzuan
Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa Ridzuan memainkan peranan penting dalam kerjaya beliau sebagai atlit profesional, tetapi ada seorang lagi insane penting yang membantu memberikan motivasi kepada Ridzuan untuk terus berjuang iaitu ketua jurulatih Paralimpik Malaysia, R. Jeganathan. Dia memiliki pengalaman yang luas dalam bidang olahraga, pernah melatih M.Ramachandran- salah seorang pelari jarak jauh terbaik pernah dimiliki Malaysia. Jega berada di samping Ridzuan ketika dia membuat penampilan pertama di Sukan Para ASEAN 2011. Dia juga berada di samping Ridzuan ketika dia menamatkan larian di tempat ke-5 di Sukan Ulang Tahun Sainsbury pada tahun 2013. Pagi semalam, dia turut memujuk dan menyambut kemenangan Ridzuan merangkul pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik.
3) Insan yang ‘menemui’ Ridzuan
Ianya tidak pernah mudah untuk menjadi seorang atlit Paralimpik, melihat bagaimana mereka sering dipandang rendah dalam dunia yang sering memberi lebih perhatian kepada atlit biasa. Namun, berita baik untuk kita apabila seorang insan bernama Affizam Amdan menemui bakat Ridzuan dan membantu beliau meneroka kebolehanya sendiri pada tahun 2006. “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dia, terutamanya Am (Affizam Amdan), seorang jurulatih sukarela, yang pertama sekali menemui potensi anak saya dan membimbingnya sejak 2006 dan hingga kini memberikannya nasihat,” kata bapa Ridzuan, Mohd Puzi ketika ditemuramah oleh Astro Awani.
4) Kisah si penjual ‘kuey teow’
Ziyad menunjukkan aksi hebat pagi semalam apabila memecahkan rekod dunia DUA KALI untuk merangkul pingat emas kedua Malaysia dalam acara lontar peluru di Sukan Paralimpik. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa hebatnya kejayaan itu. Dan ianya bertambah menarik apabila mengetahui anak muda ini dahulunya merupakan seorang peniaga kuey teow di Jalan Tuanku Abdul Rahman. “Ziyad tidak suka menyusahkan orang, dia seorang yang berdikari dan pandai memasak. Sebelum menyertai Majlis Sukan Negara, Ziyad menjual kuey teow di Jalan Tunku Abdul Rahman,” kata bapanya kepada New Straits Times. Oleh itu, ingatlah pembaca sekalian, jika hidup ini memberikan anda limau, ambillah dan potong ia untuk diperah di atas kuey teow yang enak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jangan menyerah kalah dan berusaha untuk mendapatkan pingat emas Paralimpik, dan pecahkan juga rekod dunia DUA KALI.
5) Bagaimana ‘Bangsa Malaysia’ membentuk sang juara Ziyad
Sukan sememangnya merupakan satu sumber untuk penyatuan bangsa di Malaysia, terutamanya di bawah satu persekitaran di mana perbezaan bangsa sering dijadikan masalah oleh sesetengah pihak. Namun, kisah Ziyad ada sisi indah di dalamnya, yang menunjukkan makna sebenar menjadi rakyat Malaysia. “Saya masih ingat ketika anak saya diajar untuk membaca di darjah lima oleh seorang cikgu berbangsa India sehingga dia mendapat tempat ketiga dalam kelasnya. Ziyad dikelilingi oleh ramai orang yang menyayanginya, bakat bersukannya dijumpai dan dibantu oleh seorang guru berbangsa cina di Kelantan. Sehingga kini, guru berkenaan masih mengikuti perkembangannya. Inilah maksud sebenar sukan. Tiada perbezaan bangsa atau agama,” kata bapanya kepada NST. Apa yang penting, inilah peringatan buat kita bahawa apa yang kita mampu hasilkan dan capai, jika kita mampu melihat lebih dari perbezaan kita dan menerima identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Other posts by Keeshaanan Sundaresan