Football

FIFA sahkan penggantungan perpindahan ke atas Real, Atletico Madrid

FIFA, semalam menolak rayuan dari Real Madrid dan Atletico Madrid berhubung penggantungan mendaftar pemain baru dalam dua jendela perpindahan berhubung kesalahan penyelewengan dalam mendapatkan pemain asing di bawah umur 18 tahun.

Real, yang menyatakan hukuman tersebut sebagai ‘tidak adil’, dan Atletico turut didenda 360,000 dan 900,000 Swiss Francs masing-masing.

Namun, dua pasukan gergasi Sepanyol itu turut mengumumkan akan membuat rayuan terakhir ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Jawatankuasa Rayuan FIFA telah membuat keputusan untuk menolak rayuan yang dihantar oleh kelab Sepanyol Atletico de Madrid dan Real Madrid serta untuk mengesahkan bahawa keseluruhan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA berhubung kes yang berkaitan dengan melindungi pemain bawah umur,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pasukan dikenakan hukuman pada Januari, tetapi disebabkan proses rayuan membenarkan mereka melambatkan penggantungan ketika jendela perpindahan yang ditutup bulan lalu.

Mereka kini tidak dibenarkan mendaftar pemain baru dalam salah satu dari dua jendela perpindahan , di Januari 2017 dan July-Ogos 2017, sebelum boleh melakukannya lagi pada Januari 2018.

Barcelona turut dikenakan penggantungan yang serupa pada tahun 2015, dengan rayuan ke CAS tidak berjaya membantu mereka dalam kes tersebut.

Juara Eropah, Real memberi jawapan balas bahawa mereka akan membawa kes ini ke CAS untuk menukar keputusan ini secepat mungkin.

“Kelab menyesali keputusan yang diberikan atas dasar ianya tidak adil dan bertentangan dengan prinsip asas undang-undang jenayah,” jelas satu kenyataan yang disiarkan di laman web mereka.

“Kelab akan memulakan prosedur yang berpatutan sebelum ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, meminta untuk keputusan diubag, dengan penuh keyakinan bahawa organisasi itu akan memberikan keputusan yang diinginkan.

“Real Madrid akan meminta supaya prosedur itu dilaksanakan dengan secepat mungkin bagi mendapatkan keputusan dari CAS secepat mungkin.”

Di bawah peraturan bolasepak antarabangsa, pemain di bawah 18 tahun tidak boleh berpindah ke negara lain, kecuali dengan sebab-sebab tertentu, dan semua perpindahan perlu mendapat pengesahan khas dari jawatankuasa FIFA.

Atletico menegaskan bahawa mereka mendapat pelepasan dari FIFA untuk pemain yang di bawah siasatan.

“Pasukan kami tidak bersetuju dengan keputusan itu dan akan membuat rayuan sebelum di bawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan,” kata Atletico dalam satu kenyataan.

“Organisasi kami ini menjelaskan bahawa seratus peratus lesen pemain kami yang di bawah siasatan dan terus di kelab telah diberikan pengesahan oleh FIFA sendiri, menerima pengesahan dari jawatankuasa kecil untuk mendapatkan lesen dan bertanding dalam kategori (bawah umur) berbeza.”

Atletico menggunakan jendela perpindahan lalu untuk mendapatkan beberapa pemain termasuk penyerang Perancis Kevin Gameiro dari Sevilla dan pemain tengah Argentina Nicolas Gaitan dari Benfica.

Real melalui jendela perpindahan yang agak senyap berbanding selalu apabila mereka hanya membawa pulang penyerang Sepanyol Alvaro Morata dari Juventus dengan nilai perpindahan €30 juta (RM 137.6 juta).

Other posts by