Football

‘Empat pemain JDT’ perlu kembali bersama skuad kebangsaan – Khalid Ali

Beberapa bekas pemain kebangsaan berpendapat bahawa empat pemain Johor Darul Ta’zim yang bersara baru-baru ini dari skuad Harimau Malaysia perlu kembali untuk memberikan pengalaman kepada pasukan.

Bekas pemain kebangsaan di era 70-an, Khalid Ali menekankan bahawa Aidil Zafuan Abdul Razak, Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan masih cergas untuk mewakili pasukan kebangsaan.

“Untuk saya, khidmat empat pemain ini masih diperlukan, kerana mereka mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa, mereka boleh membimbing pemain muda yang tiada pengalaman…terutamanya ketika Piala AFF Suzuki hujung tahun ini,” kata beliau kepada Bernama.

Berkongsi pendapat yang sama adalah bekas pemain era 80-an Mohd Azuan Zain yang menyatakan ketiadaan Safiq dan Kunanlan di bahagian tengah jelah mendedahkan kelemahan di bahagian tersebut dalam kekalahan 0-3 kepada Indonesia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Manahan di Solo,Indonesia pada hari Selasa.

“Saya rasa Datuk Ong (Ong Kim Swee) perlu membawa pulang empat pemain tersebut ke dalam pasukan kebangsaan,” kata jurulatih berusia 56 tahun itu yang telah melatih beberapa pasukan tempatan seperti UiTM FC dan Johor FC.

Empat pemain tersebut mengumumkan persaraan dari pasukan kebangsaan pada bulan Julai, memberikan alasan mereka mahu memberikan peluang kepada pemain muda untuk menyarung jersi negara.

Other posts by