Football

Malaysia akan anjurkan Piala Solidariti AFC pertama

Malaysia akan menganjurkan Piala Solidariti edisi pertama, satu kejohanan untuk pasukan bola sepak negara-negara membangun di Asia, jelas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) semalam.

Kejohanan itu akan berlangsung pada bulan November dan setiap pasukan kebangsaan akan dibahagikan kepada dua pasukan, kata AFC.

Kumpulan A akan mengandungi lima pasukan, termasuk Nepal, Pakistan, dan Brunei. Dua lagi pasukan di dalam kumpulan tersebut akan ditentukan melalui perlawanan playoff, dengan salah satu dari Timor Lester atau Chinese Taipei, dan Bhutan atau Bangladesh akan menyertai kejohanan itu.

Kumpulan B akan menyaksikan penyertaan dari Sri Lanka, Macau, Mongolia dan salah satu daripada Maldives atau Laos, sama seperti pasukan yang belum ditentukan dalam Kumpula A, akan berdepan sesama sendiri dalam perlawanan playoff Kelayakan Piala Asia 2019.

Perlawanan playoff akan berakhir pada 11 Oktober, di mana pasukan yang bertanding dalam Piala Solidariti akan ditentukan.

“Seperti namanya, kejohanan ini membawa satu kumpulan negara ahli konfederasi dalam satu kejohanan,” kata presiden AFC Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalif dalam satu kenyataan.

“Ini kejohanan yang menarik di mana fokusnya adalah mengenai pembangunan, di mana menerusi sokongan bersama dan kesatuan, akan membawa bolasepak Asia ke satu tahap lagi.

Other posts by