Others

Nasarudin harap kejayaan di Rio di tahun pertamanya

SM Nasarudin SM Nasimuddin berharap tahun pertama di mengetuai Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) akan turut diingati dengan kejayaan Malaysia memenangi pingat emas Paralimpik pertama.

Nasarudin, yang mengambil alih pada bulan Januari, akan berada di Rio de Janeiro dan dia yakin bahawa atlit negara akan menunjukkan aksi lebih cemerlang berbanding di Sukan Paralimpik London 2012, apabila Malaysia membawa pulang satu pingat perak, dan satu gangsa.

“Itu sasaran PCM di Paralimpik Rio, tetapi kami sememangnya sasarkan untuk membawa pulang pingat emas pertama negara,” kata beliau.

Hingga kini, Malaysia masih belum memenangi pingat emas di Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Namun, atlet para seperti Abdul Latif Romly (lompat jauh) dan Mohd Ridzuan Puzi (pelari pecut) telah memenangi pingat emas untuk negara di Kejohanan Olahraga Antarabangsa IPC di Doha, Qatar.

“Abdul Latif mencatat lompatan sejauh 7.35m untuk memecahkan rekod dalam kategori T20, sementara Ridzuan mencatatkan masa terbaiknya dalam acara 100m lelaki kategori T36 dengan catatan masa 11.18s,” kata Nasarudin yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif bersama Kumpulan Syarikat Naza.

“Saya berbangga pemilihan saya hadir di masa Kementerian Belia dan Sukan telah mengurangkan jurang di antara atlit para dan atlit biasa.”

“Banyak lagi yang boleh dilakukan oleh media tempatan dan antarabangsa untuk atlit para kita. Namun, temasya antarabangsa seperti Paralimpik Rio akan memberikan platform kepada atlit para kita diberikan tumpuan. Apa yang lebih penting, untuk menunjukkan walaupun ada kekurangan, seseorang mampu mencapai pengiktirafan di peringkat antarabangsa, menaikkan keyakinan diri di kalangan atlit para dan kelainan upaya.”

Selain daripada insentif, kementerian turut menyertakan atlit para dalam program podium, satu program persiapan untuk atlit elit negara di bawah Institus Sukan Negara (ISN).

Terdapat 27 atlit para dari acara kapal layar, badminton, olahraga, angkat berat, berbasikal, memanah dan renang dalam program podium di samping atlit elit biasa.

Di bawah program tersebut, atlit akan menerima bantuan sains sukan bertaraf dunia dan bertaraf tinggi untuk menjadi atlit bertaraf dunia dan bakal juara dunia.

Program INSPIRE yang dilancarkan tahun ini juga akan menjadi satu lagi inisiatif untuk melahirkan dan melatih atlit para baru di peringkat akar umbi.

Rakyat Malaysia di seluruh negara – biasa atau kelainan upaya – digalakkan untuk turut serta. Daripada beribu peserta, 1,399 atlit para telah dikenalpasti untuk kejohanan negeri dan negara.

Other posts by