Badminton

Bergu campuran teruskan kemaraan di Indonesian Masters

Pasangan bergu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berjaya melepasi halangan pertama apabila menang di pusingan pembukaan Indonesian Masters di Balik Papan semalam.

Gandingan negara itu menewaskan pasangan Riky Widianto-Gloria Emmanuelle Widjaja 21-17, 24-22 dalam masa 47 minit untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Ianya satu kejayaan buat kami,” kata Pei Jing.

“Semasa datang ke sini, saya rasa tidak berapa sihat. Saya tidak berada di dalam keadaan terbaik. Kian Meng dan saya merupakan pilihan ketiga untuk pertama kali dan saya bergelut dengan tekanan apabila menjadi pasukan pilihan.

“Ianya menakjubkan cara kami menang perlawanan itu. Ini kali kedua kami bernasib baik menentang pasangan ini. Kami menewaskan mereka di separuh akhir Terbuka Taiwan tahun lalu dan perlawanan kedua berakhir 22-20.”

Pei Jing-Kian Meng pastinya diharap akan menunjukkan aksi lebih mantap apabila berdepan gandingan tuan rumah Afiat Yuris Wirawan-Nadya Melati untuk merebut tempat ke suku akhir hari ini.

Persembahan baik di kejohanan ini akan membantu pasangan Kian Meng-Pei Jing yang berada di kedudukan ke-26 dunia untuk memecah masuk ke kedudukan 20 terbaik dunia.

“Saya tidak kisah sangat mengenai ranking dunia. Jika Kian Meng dan saya konsisten, kami mungkin boleh naik ke 10 pasukan terbaik di penghujung tahun ini. Kami mahu fokus untuk beraksi baik di kejohanan ini,” kata Pei Jing.

Ianya hari yang baik juga untuk Malaysia dalam acara perseorangan lelaki dan bergu.

Pemain simpanan Goh Soon Huat dan Soong Joo Ven mara ke pusingan kedua perseorangan lelaki apabila menundukkan pemain Indonesia dengan cara berbeza.

Soon Huat akan berdepan Alamsyah Yunus dari Indonesia sementara Joo Ven akan berdepan H.S. Prannoy dari India di pusingan ketiga.

Tiga bergu lelaki – Chooi Kah Ming-Low Juan Shen, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan bekas pemain kebangsaan Lim Khim Wah-Ong Jian Gueo – melepasi pusingan pembukaa, namun nasib berbeza dihadapi Tan Chee Tean- Tan Wee Gieen.

Bekas pemain kebangsaan Liew Daren dan Chong Wei Feng turut melepasi pusingan pertama mereka tanpa masalah.

Daren akan berdepan Shi Yuqi dari China sementara Wei Feng akan berdepan Firman Abdul Kholik dari Indonesia dalam perlawanan seterusnya.

Juara remaja dunia, Goh Jin Wei turut mara apabila menewaskan cabaran hebat dari pemain remaja terhebat Indonesia Gregoria Mariskan dalam perlawanan pertamanya sebelum menang 25-23, 21-12. Jin Wei akan berdepan Desandha Vegarani Putra dari Indonesia dalam pusingan seterusnya.

Other posts by